Pn. Ekim, pemilik Port Mancing berkongsi pengalaman beliau menggunakan Dolomite dari syarikat Perlis Dolomite Industries Sdn. Bhd. Untuk merawat kolam pancing beliau.

Air menjadi kotor akibat pelbagai jenis umpan yang digunakan menyebabkan air kolam menjadi keruh secara tidak langsung ikan menjadi tidak sihat dan aktif.

Penggunaan dolomite dilihat dapat membantu menstabilkan PH air kolam dan memulihkan ikan.

Kesan penggunaan juga dapat dilihat secara terus dengan perbandingan kolam yang telah menggunakan dolomite dan kolam yang belum menggunakan dolomite.

Keadaan dan kualiti air yang jelas kelihatan berbeza. Dolomite dengan kehalusan yang tinggi jugak dapat membantu proses ini dengan lebih cepat berbanding dolomite yang kasar/berpasir.

Kandungan dolomite PDI yang tinggi dengan magnesium, kalsium dan makro nutrien membantu bukan sahaja untuk PH air tetapi juga untuk ternakan air itu sendiri.

  Dolomite Berfungsi Sebagai ; 

🐠Unsur untuk membersih kolam, membunuh phatogen, Nematodes dan punca jangkitan kulat / white spot pada ikan / udang. 

🐠Meneutralkan sulfida, asid, arsenik dan amonia. 

🐠Menjernihkan air, meningkatkan pH air dan dasar kolam. 

🐠Meningkatkan penembusan cahaya matahari ke dasar kolam, bagi membolehkan oksigen untuk phytoplankton berkembang biak yang merupakan sumber makanan ternakan.

Bagi pemilik atau penternak kolam ikan, haiwan ternakan air, untuk melihat atau bertanya sendiri kepada Puan Ekim atau En Syahrul boleh hubungi mereka di 014-528 0860 Port Mancing 

Semoga tips dan perkongsian ini dapat membantu dan memberi idea kepada mereka diluar sana yang buntu dengan masalah kolam ternakan anda.

En. Parusali, pemilik ikan sangkar dari Pahang berkongsi cara beliau menggunakan Dolomite dari syarikat Perlis Dolomite Industries Sdn.Bhd.

Dolomite digunakan untuk “prep” ikan atau “kolam asuhan” sebelum ikan dilepaskan ke kolam sangkar. 

Dolomite dapat membantu merawat, menjernihkan air, mengurangkan risiko kematian anak-anak ikan yg telah dibeli. 

Kadar kehalusan Dolomite yang tinggi membantu proses ini dengan lebih cepat dan hasil boleh dilihat dengan jelas di dalam video ini. 

Kandungan produk yang berkualiti tinggi dapat memberikan anda, keputusan-keputusan penggunaan yang amat optimum.

Syukur Alhamdullillah, Lagi perkongsian pekebun kelapa sawit yang telah berjaya meningkatkan hasil tanaman beliau dengan menggunakan Dolomite PDI

Terima kasih kepada En. Samian yang berkongsi cara dan pengalaman beliau dalam mengusahakan kebun kelapa sawit. Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat dan ilmu tambahan kepada mereka di dalam bidang yang sama.

Bedasarkan perkongsian En. Samian, kita telah dapat lihat keputusan seperti berikut;
1. PH tanah pulih dari 4 kepada 5.5
2. Perkembangan daripada pokok, kehijauan daun, kerapatan buah
3. Peningkatan dari hasil tuaian

Pihak syarikat Perlis Dolomite Industries Sdn. Bhd. telah menyediakan platform atau “knowledge sharing” platform untuk para pengguna berkongsi tips-tips kejayaan kepenggunaan sebagai inisiatif membantu para pekebun, atau petani dengan ilmu yang dapat meningkatkan lagi hasil tanaman mereka.

Seperti kata En. Samian, “share dengan kawan-kawan, kita sama-sama berjaya, sama-sama menikmati rezeki drpd Allah”.

RAWAT & NAIKKAN PH TANAH, MAKSIMUMKAN HASIL & PENDAPATAN

 

Encik Asan adalah salah seorang pengguna yang telah memahami konsep perlunya rawatan tanah untuk hasil yang berlipat kali ganda.

Kali ini kita dengar perkongsian oleh Encik Asan bin Anwa dari kampung orang asli Sedohok Kahang Kluang Johor. 

“Murah, berkesan dan jimat” , “Buah lebih berat dan banyak” Hasil penggunaan dolomite dapat meningkatkan hasil pengeluaran walaupun penggunaan baja dikurangkan. 

Pada masa ini dengan kos baja yang semakin tinggi, para pemilik kebun/ladang perlu mencari initiative untuk memaksimumkan hasil pengeluaran dengan kos yang lebih efisyen. 

Seperti yang dikongsi oleh En. Asan, tanah yang telah dirawat dengan Dolomite dapat memberi kesan yang positif kepada pertumbuhan dan hasil pengeluaran tanaman seperti yang sudah dinikmati beliau. 

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Encik Asan kerana sudi berkongsi pengalaman beliau menggunakan dolomite dr syarikat Perlis Dolomite untuk tanaman kelapa sawit beliau. 

Semoga tips dan perkongsian mereka yang telah berjaya ini dapat membantu rakan petani kita diluar sana untuk meningkatkan ekonomi disaat yang mencabar seperti sekarang ini.  

Keputusan Rawatan Pokok Cempedak yang Tidak Mengeluarkan Hasil Selama 15 tahun 

Bila tanah telah dirawat dengan dolomite, dan PH tanah naik bersesuaian dengan keperluan tanaman, tanah seolahnya telah “unlock” dan terus menerus mampu memberikan keadaan yang sesuai untuk pengeluaran hasil tanaman berkenaan.

Ini dapat dilihat terus dengan kadar pengeluaran hasil yang berlipat kali ganda setelah proses pemulihan tanah dilakukan. 

Pokok anda telah lama tak berbuah? 

Cuba dolomite sekarang dan nikmatilah hasilnya segera! 

KEGUNAAN / KEBAIKAN DOLOMITE TANAMAN 

1. Unsur menggemburkan, membaiki pengudaraan dan membaikpulih struktur tanah sehingga membolehkan akar berkembang subur untuk menyerap nutrisi. 

2. Berperanan menstabil dan meningkatkan pH tanah, membantu proses fotosintesis seterusnya menghijaukan warna daun. 

3. Bahan mineral semulajadi, tidak bahaya kepada kehidupan, ternakan dan tanaman. Ini membolehkan cacing dan bakteria baik berkembang biak. 

4. Mencegah semua jenis kulat dan lumut dipermukaan tanah dan pokok. 

5. Mencegah anai-anai, akar putih, Nematodes, bakteria dan phatogen menyerang tanaman. 

6. Efektif membaikpulih tanah jerlus, tepu dan tanah gambut. 

FUNGSI PRS 

1. Membantu memperkasa sistem kesihatan tanaman, meningkatkan produktiviti dan mencegah penyakit tanaman seperti ganoderma dan ulat bungkus. 

2. Membantu mempercepatkan petumbuhan tanaman dan aktiviti mikro organisma. 

3. Membantu membekalkan Nitrogen yang cukup kepada tanaman. 

4. Membantu membekalkan elemen penting yang menghasilkan klorofil untuk tanaman. 

5. Menggalak tanaman berbunga lebih dan menghasilkan buah serta mempercepatkan proses kematangan buah (buah lebih cepat masak). 

6. Membantu memastikan tiada lebihan Nitrogen dalam tanah sekaligus mengelakkan pencemaran tanah dan air.

Kita tak nak reban tu busuk, lalat pun takde..” 

Selain daripada penggunaan dolomite untuk tanaman pisang, En. Khalid juga menggunakan dolomite untuk ternakan ayam beliau. 

Mereka ini adalah pengguna tetap Perlis Dolomite yang telah menggunakan dan menikmati kesan penggunaan secara terus yang memberi manfaat kepada tanaman dan ternakan mereka. 

Bagi yang berminat untuk mendapatkan pisang tanduk, pisang berangan, pisang nangka, ayam kampung, ayam bandar boleh hubungi terus En.Khalid @ 011-6345 4996 

Jika anda ingin mendapatkan hasil penggunaan yang sama, dapatkanlah Dolomite daripada syarikat Perlis Dolomite Industries .

Kandungan dan kualiti yang dijamin oleh pihak syarikat, membantu anda mendapat hasil pulangan yang lebih baik dan tinggi. 

Apakah Kaitan PH Tanah yang Telah Dirawat dengan Dolomite dan Penjimatan Penggunaan Baja?

Kenapa PH Tanah adalah penting untuk tanaman pisang? Dan berapakah PH tanah yang sesuai? 

Kali ini kita dengar perkongsian daripada En. Khalid Kamaruddin yang mengusahakan kebun tanaman pisang di Kampung Bukit Cerakah dengan keluasan 15 ekar. 

Bagaimana beliau dapat menjimatkan penggunaan baja pada masa yang sama memaksimakan hasil pengeluaran tanaman beliau. 

Dengan pengalaman dan perkongsian beliau, kami berharap tips-tips ini dapat membantu anda dalam mengusahakan tanaman yang sama. 

Nenas Hybrid terbaru dipasaran. Ditanam secara organik tanpa racun, tanpa hormon. 

Tak bimbang nak makan kan? 

Nenas yang teramat manis dari hujung ke hujung buah bahagian yang tengah tu pun boleh dikunyah! Crunchy yakmat gaiss, kurang serat/fibre, tidak lidas. Nenas ini lain rasanya dari nenas yang ada. 

Try segigit, anda tak akan boleh berhenti! Lagi dan lagi… Teringin nak cuba? boleh hubungi: Ruru Amanco Acik Amanco Stok terhad, setiap minggu ada lebih kurang 200 biji sahaja. 

Hubungi kami sekarang!

Hasil penggunaan DOLOMITE untuk kolam ikan yang terkesan dengan banjir. Terima Kasih En. Din kerana berkongsi cara penggunaan dan tips untuk kolam ternakan beliau. 

Semoga perkongsian ini dapat membantu dan memberi ilmu tambahan kepada mereka yang masih baru di dalam bidang ini. 

SPESIFIKASI DOLOMITE PDI (100 MESH) 

1. Magnesium – 19% – 24.3% 

2. Kalsium – 30% – 34% 

3. Kaya makro nutrien Kegunaan / 

Kebaikan untuk ternakan air/kolam 

✅️Unsur untuk membersih kolam, membunuh phatogen, Nematodes dan punca jangkitan kulat / white spot pada ikan / udang. 

✅️Meneutralkan sulfida, asid, arsenik dan amonia. 

✅️Menjernihkan air, meningkatkan pH air dan dasar kolam. 

✅️Meningkatkan penembusan cahaya matahari ke dasar kolam, bagi membolehkan oksigen untuk phytoplankton 

✅️berkembang biak yang merupakan sumber makanan ternakan

Perkongsian drpd Nusa Agrotech selepas penggunaan PRS selama 2 minggu untuk tanaman Nenas. 

PRS atau Plant Rejuvenation System adalah sebatian dari bahan semulajadi dan mikrob yang diolah melalui teknologi nano. 

FUNGSI PRS

  ✅️Membantu memperkasa sistem kesihatan tanaman, meningkatkan produktiviti dan mencegah penyakit tanaman seperti ganoderma dan ulat bungkus. 

✅️Membantu mempercepatkan petumbuhan tanaman dan aktiviti mikro organisma. 

✅️Membantu membekalkan Nitrogen yang cukup kepada tanaman. 

✅️Membantu membekalkan elemen penting yang menghasilkan klorofil untuk tanaman. 

✅️Menggalak tanaman berbunga lebih dan menghasilkan buah serta mempercepatkan proses kematangan buah (buah lebih cepat masak). 

✅️Membantu memastikan tiada lebihan Nitrogen dalam tanah sekaligus mengelakkan pencemaran tanah dan air. 

CARA APLIKASI · Suntikan berkala ke batang pokok. · 

Semburan berkala ke pangkal pokok. 

JENIS TANAMAN Efektif untuk semua jenis tanaman seperti kelapa sawit, kelapa, padi, getah, durian dan lain-lain pokok buah-buahan. Sesuai juga bagi tanaman kontan seperti jagung, pisang, nenas, serai, tebu dan orkid. 

Dapatkan produk yang asli daripada agen-agen sah yg berdaftar dengan PDI. Pastikan produk packaging adalah sama seperti yang dipamerkan di Facebook Rasmi PDI dan juga website PDI.

Pada 25-27 Mac 2022 yang lalu, Pihak Syarikat Perlis Dolomite Sdn. Bhd. Telah menyertai Program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia di Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra, Kangar Perlis. 

Pada Majlis ini Pihak NCIA (The Northern Corridor Implementation Authority) telah menyerahkan DU@NCER program Letter of Grant kepada syarikat Perlis Dolomite Industries Sdn Bhd. 

Penyerahan Letter of Grant telah disaksikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Ismail Sabri kepada pemilik Syarikat Perlis Dolomite Industries Sdn. Bhd, Pn.Yong Norita Ahmad. 

Terima kasih kepada NCIA yang telah memberi peluang ini kepada Perlis Dolomite Industries Sdn. Bhd. 

Sebagai sebuah syarikat yang telah diiktiraf, pihak syarikat Perlis Dolomite Industries Sdn. Bhd memberi komitmen penuh dalam memberikan yang terbaik dan sentiasa berusaha meningkatkan mutu dan kualiti produk yang dihasilkan. 

Pihak syarikat juga memberi komitmen penuh bagi membuka lebih peluang perniagaan kepada usahawan-usahawan diluar sana. 

Kepada semua pelanggan Syarikat Perlis Dolomite Industries Sdn.Bhd. Terima kasih diatas sokongan yang telah diberi. Keputusan penggunaan produk yang baik daripada anda adalah keutamaan kami.

Perkongsian pengalaman En. Amran mengurangkan masalah IFR untuk tanaman mangga harumanis beliau.

En. Amran menggunakan dolomite daripada Perlis Dolomite Industries Sdn. Bhd. selama 4 tahun.

Didalam video ini En. Amran juga menunjukkan bagaimana aplikasi dolomite untuk pokok beliau.

Pastikan PH tanah untuk hasil yang lebih optimum.

Dolomite yang halus juga membantu proses penyerapan dengan lebih cepat

Hasil penggunaan beliau selama 4 tahun ini;

✅️Mengurangkan masalah IFR untuk mangga harummanis 

✅️Mengurangkan penggunaan baja 

✅️Menaikkan PH tanah, memulihkan tanah 

Produk yang berkualiti tinggi untuk keputusan yang optimum. Pilihan ditangan anda, jadilah pengguna yang bijak.

Apa faedahnya tunggu lama2, kalau setahun setengah dah boleh mengeluarkan hasil”.. 

“Peringkat awal, rawatan tanah penting, gunakan dolomite pdi kerana kadar kandungannya penting..” 

“Terbukti buah lebat sepanjang masa..” 

Antara perkongsian oleh En Samurai Sidal, Persara Jabatan Pertanian yang telah berkhidmat selama 30 tahun. 

Sebagai seorang yang berpengalaman dalam bidang pertanian En. Samurai memilih dolomite daripada syarikat Perlis Dolomite Industries Sdn. Bhd. 

Produk yang didatangkan dengan lab certificate yang telah disahkan kandungannya oleh geologist. 

Produk yang berkualiti tinggi untuk keputusan yang optimum. Pilihan ditangan anda, jadilah pengguna yang bijak.

TUJUAN MENGGUNAKAN DOLOMITE HALUS ADALAH BAGI MEMBOLEHKAN DOLOMITE MUDAH ‘MASUK’ ATAU MUDAH MENYERAP KE DALAM TANAH. 

BUKAN TINGGAL DIAM DI ATAS TANAH! LEBIH CEPAT DOLOMITE MENYERAP KE DALAM TANAH, LEBIH CEPAT KITA AKAN NAMPAK HASILNYA. HAMPIR SEMUA AKAR BERADA DI DALAM TANAH. 

JADI, DOLOMITE HALUS AKAN MENYERAP DENGAN SEGERA DAN POKOK ANDA AKAN MENDAPAT NUTRIENT SEGERA. 

FAHAMI MENGAPA PH TANAH SANGAT PENTING. KETIKA TANAH KEPADA TANAMAN ANDA BERADA PADA PH YANG SESUAI, TANAMAN ANDA AKAN ‘MAKAN’ SECARA OPTIMUM SEGALA BAJA YANG DIBERI. JADI BAJA SUDAH BOLEH DIKURANGKAN. 

Pada masa ini, baja kimia sangat mahal. Jadi setelah menggunakan dolomite, tanah telah mencapai pH yang optimum, baja boleh dikurangkan. Duit jimat, pokok sihat. 

“Hari panas, berangin, tak berdebu pun. Produk halus dan bagus” KENAPA “KEHALUSAN” adalah keutamaan Syarikat Perlis Dolomite Industries Sdn. Bhd.? KENAPA kualiti produk diukur dengan kadar kehalusan atau “mesh”? Bermakna lebih tinggi “mesh” atau lebih halus produk tersebut lebih berkualitilah ia? 

Fahami asas penggunaan dolomite terlebih dahulu. Seperti asas penting dalam tanaman adalah PH tanah. Fahami apakah kaitan dolomite dan PH tanah. Dolomite digunakan untuk ditabur di atas permukaan tanah terlebih dahulu untuk memulihkan PH tanah. 

Permukaan tanah perlu dilembabkan dahulu dengan disiram air, ukur PH tanah dengan meter PH sebelum dan selepas untuk memastikan ada perubahan pada PH tanah selepas ditaburkan dengan dolomite. 

Keputusan perbezaan PH tanah dapat dilihat dalam masa 10-15 minit dolomite ditabur. Dolomite tidak bertindak seperti baja yang perlukan “slow-release” dolomite bertindak lebih kepada “immediately”. 

TUJUAN MENGGUNAKAN DOLOMITE HALUS ADALAH BAGI MEMBOLEHKAN DOLOMITE MUDAH ‘MASUK’ ATAU MUDAH MENYERAP KE DALAM TANAH. BUKAN TINGGAL DIAM DI ATAS TANAH! 

LEBIH CEPAT DOLOMITE MENYERAP KE DALAM TANAH, LEBIH CEPAT KITA AKAN NAMPAK HASILNYA. HAMPIR SEMUA AKAR BERADA DI DALAM TANAH. JADI, DOLOMITE HALUS AKAN MENYERAP DENGAN SEGERA DAN POKOK ANDA AKAN MENDAPAT NUTRIENT SEGERA. 

Secara sainsnya, itulah kepentingan “kehalusan” dan kadar kehalusan yang tinggi akan lebih membantu proses pemulihan PH tanah ini untuk meningkatkan kadar kesuburan tanah dengan lebih cepat. 

Bagaimana dolomite kasar/batu mampu mencapai hasil sebegini? Kenyataan “mesh” tidak penting adalah sesuatu yang agak luar biasa bagi mereka dalam bidang pertanian ini sekiranya mereka paham konsep asas dolomite-ph tanah ini. 

Untuk menghasilkan “mesh” yang tinggi memerlukan mesin khas yang berkemampuan tinggi untuk menghancurkan dolomite sehingga menjadi butiran halus. 

Mesin khas ini datang dengan kos yang amatlah tinggi yang tidak mampu disediakan oleh sebarang kilang di luar sana. Pihak syarikat Perlis Dolomite Industries mengambil inisiatif menempah, dan membeli “custom” mesin hanya untuk tujuan penghasilan “mesh” yang tinggi ini. 

Walaupun pihak syarikat perlu menampung kos penyediaan yang lebih tinggi produk kami masih didalam harga yang sama dengan produk mesh yg lebih rendah ataupun kasar itu. 

Kenyataan kononya berdebu, hilang ditiup angin itu adalah tidak relevant sekiranya anda paham atas tujuan apakah produk itu perlu didatangkan dengan kehalusan yang tinggi. 

Keutamaan kami adalah produk yang terbaik, yang dapat memberikan kesan yang optimum untuk kos yang telah dikeluarkan oleh para pengguna produk dari syarikat Perlis Dolomite Industries Sdn. Bhd. 

Produk yang berkualiti tinggi untuk keputusan yang optimum. Pilihan ditangan anda, jadilah pengguna yang bijak. 

Produk Dolomite Perlis Dolomite Industries Sdn. Bhd 

1. ✅Syarikat yang telah ditubuhkan sejak 2007 dan mula mengeluarkan produk dolomite powder sejak tahun 2012, bukan syarikat yang baru atau produk baru yang berada di pasaran beberapa bulan. 

2. ✅Syarikat Perlis Dolomite Industries Sdn. Bhd adalah pemegang lesen konsesi, pemilikannya adalah 100% bumiputera yang mengeluarkan produk sendiri bermula dari ‘extraction’, processing yang mengunakan mesin grinding mill yang sangat cangih, auto packaging, produk adalah dibawah jenama PDI sendiri, bukan “re-pack”, “re-label” semula. 

3. ✅Produk dengan “lab analysis report” yang telah disahkan kualiti dan kandungan. Certified by Jabatan Mineral & Geosains Malaysia. Kualiti produk yang dijamin oleh pihak syarikat. Hanya yang bagus, hanya yang terbaik. 

4. ✅Bukti-bukti kejayaan para pengguna, iaitu petani-petani yang telah berjaya dengan dolomite 100 mesh ini boleh dilihat secara terus di laman youtube dan website perlis dolomite. Ianya bukan karangan semata tetapi disertakan dengan fakta dan video jelas lokasi yang anda boleh lawati untuk kesahihannya. 

5. ✅Penggunaan produk berterusan, sekian lama. Bukan baru, track record daripada mula pembukaan tanah, penanaman dan hasil tuaian yg berbeza sebelum dan selepas penggunaan. Proses yang bertahun lamanya, bukan sebulan dua. Semua didokumenkan di website, youtube dan facebook rasmi Perlis Dolomite untuk rujukan sumber semua. 

6. ✅Bukti-bukti bukan sahaja untuk penggunaan tetapi juga ejen-ejen yang telah berjaya membuat jualan jutaan ringgit dan menaik taraf hidup dengan dolomite 100 mesh yang dikatakan senang hilang ditiup angin ini. Sehingga boleh tukar kereta baru, hantar anak ke universiti dan menaik taraf hidup secara seluruhnya. Kami boleh sertakan bukti video agen yang berjaya tersebut. Produk yang bagus bukan sahaja untuk tanaman tetapi juga untuk ejen seluruh Malaysia. Mereka yang telah menikmati hasilnya, akan tahu perbezaannya. 

7. ✅Dolomite tidak hilang, tetapi berubah bentuk ke arah cecair setelah dilarutkan dengan air. Seperti bancuhan milo powder, adakah milo hilang setelah dilarutkan dalam air? Hilang bentuk asal, tapi rasanya masih ada. 

8. ✅Bukannya kita ingin melihat serbuk milo itu, tapi kita inginkan rasanya, bukannya seperti melihat serbuk dolomite di atas tanah, tetapi kita mahu tanaman atau pokok kita itu mendapat khasiatnya, secepatnya. Supaya kita boleh menuai hasilnya dengan lebih cepat. Masa itu emas, setiap hari menunggu, menambahkan lagi kosnya. 

9. ✅Risiko dan budget ditangan anda. Pastikan anda mendapatkan produk yang original. Pilihan ditangan anda. Jangan tertipu dengan kata-kata manis, ayat-ayat “overclaim” kerana ianya bukan fakta. Jadilah pengguna bijak. 

NENAS BAKA KIPAS? 

Kebun Nenas ini adalah salah satu “test plot” untuk kajian penggunaan PRS dan Dolomite yang dijalankan oleh pasukan R&D (Research & Development) daripada pihak Syarikat Perlis Dolomite Industries Sdn. Bhd. 

Kajian bertujuan melihat hasil penggunaan secara berterusan PRS dan Dolomite tanpa bergantung pada racun atau hormon untuk menggalakkan pertumbuhan pokok dan pengeluaran hasil. 

Pihak syarikat Perlis Dolomite Industries secara serius dan berterusan mengkaji cara untuk memaksimumkan penggunaan bahan terbaik untuk melipatkan hasil tanaman dan pengeluaran hasil pertanian. 

Sekaligus meningkatkan pendapatan petani yang menggunakan produk daripada pihak syarikat Perlis Dolomite Industries Sdn. Bhd. Kajian demi kajian dijalankan untuk menghasilkan produk terbaik yang lebih efektif untuk penggunaan jangka masa panjang seperti Dolomite dengan kehalusan tinggi (gred pertanian terbaik) dan PRS yang boleh mempercepatkan pengeluaran hasil. 

Kerana usaha dan kualiti yang dijamin, pihak syarikat berani memberi jaminan 100% untuk setiap produk yang dikeluarkan. 

Pihak syarikat Perlis Dolomite Industries Sdn. Bhd. Berbesar hati dengan kesudian Durian Cartel kerana sudi hadir untuk melihat sendiri hasil tanaman (keputusan) penggunaan PRS dan Dolomite untuk tanaman nenas ini. 

Sebagai seorang yang berpengalaman di dalam bidang pertanian kita dengar sendiri apa yang dikongsikan oleh Durian Cartel didalam video ini. 

Tidak cukup dengan mendengar anda boleh nilai sendiri dengan buah nenas dan betapa banyaknya sulur angin yg boleh dihasilkan oleh satu pokok nenas yang telah diberi PRS secara tetap. 

Boleh bayangkan keuntungan yang bakal dijana anda untuk hasil seperti ini? 

Bagi penanam nenas, jika anda inginkan hasil yang sama seperti ini, sila hubungi kami untuk lebih maklumat lanjut. 

Pastikan anda mendapat produk yang original daripada ejen-ejen sah Perlis Dolomite Industries Sdn. Bhd. 

Elakkan ditipu oleh mereka yang ingin mengambil kesempatan dan ingin menganiaya orang lain dengan mendapatkan keuntungan segera. 

Setiap ringgit adalah bermakna. Anda tidak akan dapat hasil yang sama dengan produk yang berbeza. Apatah lagi dengan produk-produk tiruan dengan kualiti rendah diluar sana.